Hafizul Kamal On Air Bakal Berkahwin 13 Februari Ini

Hiburan

Hafizul Kamal On Air Bakal Berkahwin 13 Februari Ini

Hafizul Kamal, mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak tetapi beliau merupakan juara program On Air musim pertama serta pelakon yang membintangi drama seperti Miranda bersama Fasha Sandha dan Jauh Dari Cinta bergandingan dengan Anzalna Nasir.

Advertisement

Menyulam cinta selama tiga tahun bersama kekasih hati, Nurul Fariza Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mieja, Hafizul dan pasangannya itu membuat keputusan untuk berkahwin pada 13 Februari ini.

Jelas Hafizul,  diawal percintaan mereka terpaksa berhubung secara jarak jauh selama satu setengah tahun.

Untuk pengetahuan anda, Mieja baru sahaja berusia 21 tahun dan merupakan penuntut di UiTM dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu Profesional.

Kami juga hanya bertemu buat kali pertama selepas hampir setahun berkawan. Walaupun usia Mieja masih muda, tetapi dia sangat matang dari segi pemikiran. Apa yang paling penting, dia juga memahami bidang kerja saya dalam bidang seni.

Sudah cukup bersedia untuk menjadi seorang suami, Hafizul yang baru sahaja ingin mengukuhkan namanya dalam industri hiburan tempatan tidak khuatir jika beliau hilang peminat selepas berkahwin.

Saya tidak menyesal berkahwin pada usia muda kerana percaya soal jodoh adalah ketentuan Allah. Saya juga tidak bimbang kehilangan peminat apabila sudah berkahwin kerana peminat kini sudah bijak menilai bakat artis yang mereka minati dan bukan kerana status mereka.

Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di kediaman keluarga Mieja di Jerteh, Terengganu manakala majlis pihak lelaki pula diadakan pada 20 Februari di Kuala Lumpur. Pasangan ini juga sepakat untuk tidak mendedahkah jumlah wang hantaran kahwin kepada umum.

Tahniah kepada Hafizul Kamal dan bakal isteri, semoga segala perancangan buat majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...