Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hafiz Suip Nikah 14 Mei : Hanya Inginkan Majlis Sederhana

Selepas pasangan Akim dan Stacy melangkah ke alam perkahwinan baru-baru ini, rakan karib mereka Hafiz Suip juga bakal berkahwin bersama tunangnya Nureffy pada 14 Mei depan.

Advertisement

Tidak menginginkan majlis yang begitu besar, Hafiz menyatakan cukuplah jika mereka mendahulukan apa yang wajib sahaja. Buat Hafiz cukuplah majlis mereka mengikut kemampuan dan tidak terlalu gah.

Saya tidak pentingkan majlis yang ‘gah’, hanya inginkan kesederhanaan. Apa yang penting bagi kami ialah ijab dan kabul itu sendiri, selain bagaimana untuk meneruskan kehidupan kami selepas bergelar suami isteri.

Walaupun selebriti, tak perlu terlalu ikut trend, tak perlu hendak gah sangat, janji apa yang wajib kita sempurnakan. Insya-Allah.

Majlis akad nikah akan diadakan di tempat kelahiran mereka berdua di Sarawak. Kini Hafiz dan Nureffy sedang sibuk menyiapkan persiapan majlis raja sehari mereka.

Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan harap rumah tangga Hafiz dan Nureffy kekal sehingga ke akhir hayat. Kata orang tua-tua sekarang ini tengah darah manis.

Sumber Berita: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top