Tidak perlu membawa “rombongan” seakan pesta naik ke atas pentas, penyanyi Hafiz Suip berjaya merangkul trofi bagi Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke 34 (AJL34) yang berlangsung semalam.
Hafiz ternyata mempunyai aura tersendiri dan memukau hati penonton apabila mengakhiri lagu Kisah Cinta Kita bersama penampilan khas isteri tercinta yang sedang hamil.
Momen mesra dan romantik mereka berdua membuatkan penonton “cair” dan memuji betapa Hafiz menghargai isterinya.
Momen romantik Hafiz dan isteri
Layan isteri bagaikan permaisuri
Menurut netizen, memang bertuah isterinya memiliki suami seperti Hafiz yang menzahirkan kasih sayang dan rasa cinta dengan memegang dan mencium tangan wanita yang sedang hamil itu.
Memang pasangan romantik betul Hafiz dan isteri, lirik lagu pun dah romantik ditambah pula dengan aksi mesra mereka, memang memikat hati penonton. Tahniah sekali lagi kepada Hafiz kerana berjaya mengungguli dua anugerah sekaligus.
ikan
February 11, 2020 at 7:04 pm
bataknya takat cium tangan semua orang puji melangit udah kenapa
Anonymous
February 11, 2020 at 1:52 pm
Tahniah.hafiz..lagu fav sis juga…sweet sgt dgn wife..wife pun cantik sgt kalah artis….
Anonymous
February 11, 2020 at 12:58 pm
sweet sungguh…hafiz layak vocal terbaik…suka tgok gaun wife dia..pua kumbu cantik sungguh..
Anonymous
February 11, 2020 at 11:31 am
Hafiz deserved to win. His performance is so powerful. Tak perlu try hard sampai terjerit-jerit pun….
Anonymous
February 11, 2020 at 9:09 am
bini hafiz ni mula2 dapat persembahan terbaik tak senyum pon. lepas dapat vocal baru nmpk senyum.