Hafiz Suip Dikritik Warnakan Rambut

Hiburan

Hafiz Suip Dikritik Warnakan Rambut

Beberapa hari lepas, Hafiz Suip telah tampil dengan imej baru dimana beliau telah mewarnakan rambutnya kerana merasa bosan dengan gaya lama. Walaubagaimanapun, tindakan Hafiz telah mengundang pelbagai kritikan dan tomahan ramai pihak.

Menyedari akan perkara tersebut, Hafiz tidak mahu memberikan komen lanjut dan bertindak untuk berdiam diri kerana masyarakat lambat laun akan berhenti bercakap mengenainya.

Advertisement

Saya menerima banyak tomahan tapi saya tidak ambil peduli sangat apa yang kata orang kerana apa yang terletak pada hati masing-masing. Apa yang penting nawaitu kita. Saya tidak melenting bila dikritik. Saya hanya berdiam saja kerana saya tahu lambat laun orang akan berhenti bercakap dan perkara ini akan reda sendiri.

Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri. Janji saya tidak tinggal solat dan soal itu biar antara saya dengan Tuhan.

Percubaan awal Hafiz untuk mewarnakan rambutnya tidak berjalan dengan lancar dan terpaksa untuk diwarnakan buat kali kedua agar tampak lebih elok.

Sewaktu saya balik ke Kuching tempoh hari, saya pergi ke salon untuk warnakan rambut tetapi hasilnya rambut saya jadi warna merah bukannya seperti warna yang saya mahu. Bila balik ke Kuala Lumpur, saya ke sebuah salon di Subang. Penggaya rambut di sana beritahu yang warna rambut yang saya inginkan susah nak dapat sebab rambut saya jenis rambut orang asia.

Cuma ada satu cara saja iaitu rambut saya dibilas dan kemudian barulah diwarnakan semula dan akhirnya dapatlah warna ‘ash silver grey’.

Biasalah masyarakat akan berkata jika seseorang itu melakukan sesuatu, antara kita layan atau tidak sahaja percakapan mereka itu. Lagipun, bukan Hafiz sorang yang mewarnakan rambut ramai lagi artis yang kadang-kadang setiap bulan tukar warna rambut.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...