Penyanyi Hafiz Suip mengakui kebimbangannya mengenai keadaan suaranya yang mula menunjukkan tanda keletihan setelah terlalu banyak menerima undangan persembahan baru-baru ini.
Hafiz, atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, berkata suara dia terpaksa digunakan secara berlebihan selepas mengadakan persembahan di Jakarta dan Bintulu pada Ogos lalu. Dia percaya kurang rehat turut menyumbang kepada masalah ini.
View this post on Instagram
Katanya kepada mStar,
Saya rasa saya sudah terlebih menggunakan suara. Sepanjang bulan lalu, saya terlibat dengan persembahan di Jakarta dan Bintulu. Mungkin faktor kurang rehat juga.
Hafiz turut mengakui kebimbangannya jika peti suara mengalami kecederaan serius yang memerlukan waktu lama untuk sembuh. Tambahnya,
Saya risau kalau terlalu memaksa suara, takut peti suara koyak. Kalau itu berlaku, ia akan ambil masa lama untuk sembuh.
Namun begitu, Hafiz bersyukur kerana keadaan suaranya masih belum berada pada tahap kritikal dan sentiasa mengingatkan diri untuk melakukan pemeriksaan kesihatan agar masalah tersebut dapat dikesan dan dirawat dengan segera.