Hafiz Suip Bakal Tunaikan Umrah 3 Disember Ini

Hiburan

Hafiz Suip Bakal Tunaikan Umrah 3 Disember Ini

Setiap anak yang sudah bekerja pasti akan mengimpikan untuk membawa ibu bapa yang sudah menjaga kita dari kecil untuk menunaikan umrah ataupun haji di Mekah.

Advertisement

Setelah beberapa tahun  jatuh bangun sebagai artis dan akhirnya mempunyai pendapatan yang stabil, Hafiz yang bakal berkahwin tahun hadapan ingin membawa ibu bapa serta adik beradiknya  ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pada 3 Disember nanti.

Ya, saya akan menunaikan umrah bersama ahli keluarga selama dua minggu bermula 3 Disember ini. Sebenarnya, inilah impian terbesar saya sejak bekerja iaitu membawa ahli keluarga ke Mekah.

Sebelum berkahwin, kebetulan ada kelapangan dan rezeki, rasanya tidak perlu ditangguhkan lagi. Ini merupakan umrah pertama saya dan sudah tentu cukup teruja dan berdebar. Harap perjalanan kami ke sana di permudahkan Allah.

Berbicara mengenai perkahwinan beliau pula, Hafiz memberitahu beliau hanya ingin sebuah majlis yang sederhana. Setakat ini persiapan majlis perkahwinan beliau sudah siap 50 peratus.

Alhamdulillah, setakat ini sudah 50 peratus persiapan siap seperti tempahan lokasi perkahwinan dan barang hantaran. Namun, ada banyak lagi perkara yang belum selesai seperti tema untuk majlis resepsi yang akan berlangsung sehari selepas majlis akad nikah. Jika lelaki lain, biasanya mereka akan menyerahkan persiapan perkahwinan kepada keluarga, tetapi kalau boleh saya mahu lakukan semuanya sendiri.

Kalau boleh saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan menggunakan wang hasil titik peluh sendiri kerana rasanya lebih bermakna. Namun, saya tidak menolak tajaan daripada mana-mana pihak cuma bukan untuk keseluruhan majlis.

Alhamdullilah, sudah rezeki Hafiz untuk membawa keluarganya ke Mekah. Semoga selamat pergi dan balik. InshaAllah.

Sumber Berita: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...