Sebelum ini, penyanyi Hafiz Suip pernah menjalinkan hubungan dengan Adira. Percintaan itu putus di tengah jalan dan keduanya kemudian membawa haluan masing-masing.
Sebelum ini, Hafiz tidak berselindung mengenai hubungannya dengan seorang wanita yang berasal dari Sarawak yang juga kawan yang dikenali sejak sekian lama.
Hari ini melalui Berita Harian, Hafiz mengakui yang hubungan cintanya dengan wanita itu sudah berakhir.
Saya anggap semua ini berbalik kepada takdir. Siapa kami untuk menolak ketentuan-Nya? Memang antara saya dengan dia sudah tiada apa-apa, tetapi saya amat menghormati diri dan keluarganya.
Jadi kurang elok andai saya bercerita lebih lanjut mengenai hubungan kami. Cukuplah kalau saya katakan, hubungan kami sudah berakhir atas sebab peribadi.
Hafiz yang kini berusia 23 tahun berkata selepas ini dia akan lebih menumpukan kepada karier. Hafiz turut melahirkan rasa bangga kerana tercalon untuk merebut anugerah Artis Asia Tenggara Terbaik pada MTV EMA 2013 di Amsterdam, bulan depan. Dia tercalon dalam kategori itu bersama Olivia Ong dari Singapura, Noah dari Indonesia, Sarah Geronimo dari Filipina, Slot Machine dari Thailand dan My Tam dari Vietnam.
Untuk makluman anda, kategori yang sama pada tahun lepas telah mencalonkan Yuna sebagai wakil Malaysia.