Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad, tampil menjelaskan mengapa beliau tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap pekerjanya yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi di media sosial.
Menerusi Instagram Story (IGs), Hafiz berkongsi bahawa sebagai majikan, beliau mempunyai tanggungjawab untuk membela nasib pekerjanya apabila mereka melakukan kesalahan.

Setiap majikan ada cara masing-masing. Saya ada cara tersendiri. Mereka tidak sengaja, apa saja salah mereka saya yang kena ke hadapan. Bukan backup tapi itu memang tanggungjawab saya sebagai majikan.
Hafiz turut berkongsi bahawa dia lebih suka menegur pekerjanya dengan memberikan contoh melalui kerja kerasnya sendiri. Sebagai contoh, apabila agen atau pekerja tidak menunjukkan semangat dalam perniagaan, Hafiz akan menunjukkan usaha dan komitmennya dalam memperbaiki perkhidmatan.
Contoh kalau agen tiada semangat tentang business, saya tunjuk saya sibuk teroka dan belajar apa-apa kemahiran piza demi naik taraf perkhidmatan kepada pelanggan.
Namun, Hafiz juga menekankan bahawa setiap majikan mempunyai had tertentu, dan pada masa ini, cara beliau mendidik pekerjanya adalah yang terbaik.
Akibat salah staf, mereka melihat bos sampai ke malam kena buat piza untuk betulkan situasi ini. Pada saya, mendidik mereka dengan rasa malu macam ini lebih baik dari mempermalukan mereka dengan memaki dan membuang mereka.
Sebelum ini, salah seorang pekerja Hafiz didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyinggung pihak lain berkenaan harga pizza milik pempengaruh Cik Epal. Hafiz menjelaskan bahawa insiden tersebut berlaku kerana pekerjanya terlalu teruja menikmati pizza yang dihasilkan sendiri, tanpa sengaja mengeluarkan komen yang tidak sensitif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
