Tempoh hari, pensohor media sosial dan juga usahawan Hafiz Mahamad menjadi tumpuan gara-gara videonya ketika di hadapan Kaabah menjadi bahan fitnah satu akaun pelampau agama di aplikasi X.
Berikutan itu, Hafiz dikecam kerana didakwa menjadi fitnah kepada agama gara-gara video tersebut.
Hari ini, pengasas produk kecantikan dan kosmetik Ainaa Beauty itu tampil memberi penjelasan panjang lebar mengenai isu tersebut di Instagram untuk pengetahuan peminat.
Women facing extreme harrasment in the holiest site Mecca. Do you really think Masjid & Madarsas are safe for women? pic.twitter.com/huNw20pCtw
— Hindutva Knight (@HPhobiaWatch) July 26, 2024
Dalam video tersebut, Hafiz bersama-sama Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr Kamilin Jamilin ada memberi penerangan dan meminta netizen untuk mempercayai sesuatu perkara hanya berdasarkan satu babak sahaja.
Hanya dengan satu scene beberapa saat awak dah keluarkan kenyataan sebegini.
Bila saya lihat hantaran awak, hantaran awak lebih objektifkan untuk mengelirukan orang ramai tentang agama, tak kira la agama hindu atau agama lain.
Hafiz dalam pada itu berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan segala salah faham disebabkan oleh satu ciapan daripada individu daripada India itu.
Tetapi apabila awak sentuh tentang Islam, saya sebagai orang Islam dan saya bertanggungjawab di atasnya. Awak yang saya maksudkan adalah media.
Segala mesej dari awal sampai akhir video ini adalah ditujukan untuk awak. Saya akan jelaskan satu persatu bagaimana Islam pentingkan keselamatan wanita muslim.
Terdahulu, video milik Hafiz Mahamad yang sedang bergelut untuk mencium hajarul aswad menjadi bahan fitnah sekumpulan individu yang dengan sengaja ingin mencemarkan agama Islam selain mengaitkan isu keselamatan wanita ketika berada di Tanah Suci.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.