Hafiz Juara Pencetus Ummah Musim Pertama

Hiburan

Hafiz Juara Pencetus Ummah Musim Pertama

Setelah tujuh minggu bertarung, akhirnya Hafiz telah pun dinobatkan sebagai juara program Pencetus Ummah musim pertama. Peringkat akhir Pencetus Ummah telah pun berlangsung malam semalam dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis. Tempat kedua dimenangi oleh  Shahrul Hamid dan tempat ketiga dan keempat pula milik Mohamed Zaini serta Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.

keputusan pencetus ummah

Advertisement

Dengan kemenangan ini, Hafiz membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi. Program Pencetus Ummah ini ternyata membawa kelainan dan menjadi ikutan ramai. Melayari Facebook Pencetus Ummah, ada beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Abang Nara.

keputusan pencetus ummah

Untuk makluman anda, juri jemputan untuk pusingan akhir Pencetus Ummah ialah Datuk Aznil Haji Nawawi. Bagi Abang Nara itu adalah satu pilihan yang baik kerana Pak Nil memang banyak pengalaman dalam bidang pengacaraan. Jadi sedikit sebanyak Pak Nil dapat berkongsi ilmu dengan para peserta Pencetus Ummah. Pada pendapat Abang Nara, Pak Nil lebih menilai daripada segi penyampaian dan teknik penceritaan. Bukannya isi penceritaan itu.

keputusan pencetus ummah

Apa pun jutaan tahniah diucapkan kepada semua mereka yang terlibat dalam Pencetus Ummah. Daripada respons yang diterima, nampak gayanya musim kedua Pencetus Ummah pasti akan diwujudkan. Semoga ia akan lebih baik berbanding musim pertama. Kalau hadiah “up” sikit pun lagi cantik. Pasti lebih bersemangat semua orang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...