Hafiz Hamidun Tidak Setuju Adakan Demo Turunkan Salib

Hiburan

Hafiz Hamidun Tidak Setuju Adakan Demo Turunkan Salib

Selepas Wardina Saffiyah menyuarakan pendapat beliau agar tanda salib di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya tidak diturunkan, selebriti Hafiz Hamidun juga nampaknya mempunyai pandangan yang sama.

Hafiz menerusi laman Facebook rasminya, meluahkan rasa kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang tetap berkeras mahu salib itu diturunkan dengan membuat demo. Menurutnya, perkara seperti itu tidak pernah diajar dalam agama Islam mahupun adab masyarakat Melayu.

Advertisement

Kenapa perlu berdemo angkat sepanduk turunkan salib? Sorry. Islam tak ajar cara begini pun. Maaf, adab orang Melayu pun tak begini.

Mendapat pelbagai reaksi daripada peminat, ada individu yang menyarakan agar Hafiz membuat kajian mengenai motif tersembunyi di sebalik simbol salib yang berada di gereja tersebut dimana ia merupakan salah satu agenda Kristian untuk menyesat serta memurtadkan orang Islam di sekitar kawasan tersebut.

Isu mengenai agak sensitif apatah lagi kita hidup didalam negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Pihak yang berkenaan harus menyelidik perkara seperti ini dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang tindakan.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...