Hafiz Hamidun Tidak Kisah Buku Beliau Dikritik

Hiburan

Hafiz Hamidun Tidak Kisah Buku Beliau Dikritik

Semalam, Redza menerusi akaun Twitternya telah menyindir bahawa buku yang penuh dengan aksi selfie dan kapsyen ringkas begitu mudah dijadikan sebuah buku. 

Advertisement

Ramai yang mempercayai status beliau itu ditujukan buat Hafiz Hamidun kerana beliau baru-baru ini ada melancarkan buku bertajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun yang menunjukkan aksi beliau berselfie didalam buku berkenaan.

Meskipun sudah menjadi perkara yang viral, Hafiz bagaimanapun memberitahu beliau tidak terasa hati dengan sindiran berkenaan dan menerima ia sebagai maklum balas biasa daripada orang awam.

Setiap perkara yang kita lakukan, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya bersikap terbuka sekiranya ada yang mengkritik mahupun memuji, walaupun antara mereka adalah daripada kalangan selebriti.

Ia juga memberi pengajaran bagi saya untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam buku yang dihasilkan itu.

Hafiz juga berharap agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi kerana beliau dan Redza sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah.

Sudahlah, tidak perlu besarkan isu ini. Masing-masing berhak melontarkan pandangan mereka. Yang penting, saya bersyukur Cerita Hati berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskah.

Pendapat kami, Hafiz seorang yang tidak mudah melatah dengan kritikan dan apa yang penting setiap perkara yang beliau lakukan mendapat sambutan agak baik. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri akan isu ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...