Hari ini Siti Arifah Amin atau Joy Revfa menulis panjang di Facebooknya bahawa dia dan bekas suami, Datuk Ray Imran atau Mohd Rayos Abdul Rahman telah disahkan bercerai oleh Mahkamah Syariah Shah Alam dua tahun lepas. Siti Arifah mendakwa dianiaya oleh Hafiz Hamidun setelah mereka ‘bersama’ dan mendakwa tidak mahu lagi menjadi isteri Hafiz Hamidun kerana Hafiz tidak layak menjadi imamnya dan bapa kepada anaknya. Malah, Joy bersumpah bahawa mereka sememangnya pernah ‘bersama’.
Bagaimanapun, Hafiz sebentar tadi telah menafikan kenyataan Joy bahaa mereka telah ‘bersama’ dan dia juga mempersoalkan mengapa Joy menyatakan pernikahan mereka berdua pada 1 Mei lepas sah, sedangkan perceraiannya (dengan bekas suami) sah pada hari ini.
Hafiz tidak memberi kenyataan lanjut berkenaan perkara ini dan butiran sebenar mengenai perceraian Joy Revfa dan Ray Imran yang disahkan hari ini oleh Mahkamah Syariah Shah Alam juga masih belum dipastikan secara rasmi. Bersama kita nantikan perkembangan selanjutnya mengenai kes ini – beautifulnara.com