Sebentar tadi, sebuah sidang media oleh Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin telah pun berlangsung. Joy Revfa telah ditemani oleh kakak, ibu dan peguamnya telah tampil menjawab soalan daripada pihak media dan orang ramai tentang status perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun.
Joy Revfa dilihat sering mengalirkan air mata sepanjang sidang media tersebut berlangsung. Banyak persoalan telah dijawab oleh Joy, malah banyak juga kenyataan yang diberikan oleh pemilik produk kosmetik terkenal itu. Salah satu yang paling mencuri perhatian ialah “Hafiz Hamidun tidak layak menjadi tidak layak bergelar suami dan bapa kepada anak-anaknya kerana tidak mampu memberikan nafkah batin seperti lelaki lain”. Fuh!!! Ini adalah satu kenyataan yang cukup mengejutkan.