Tahun 2013 menyaksikan pertunangan Hafiz Hamidun dengan seorang gadis Indonesia putus di tengah jalan. Biasalah cinta jarak jauh, Gadis yang dicintainya itu berkahwin dengan lelaki lain. Namun hati yang terluka pasti akan diubati jua. Kini Hafiz Hamidun mengakui sudah pun bertemu pengganti.
Enggan tragedi luka berulang sekali lagi (amboi ayat), Hafiz Hamidun mengambil keputusan untuk tidak bertunang dan terus berkahwin dengan kekasih hati barunya ini. Kata Hafiz kepada Sinar Harian:-
Tentang kahwin tu bila tiba masa yang sesuai saja akan diumumkan. Namun, tiada perkembangan dan masih belum mendapat tarikh lagi buat masa ni.
Alhamdulillah, dia seorang yang sangat memahami dan seorang yang jujur. Jika ada dua sifat itu dalam perhubungan ia dengan sendirinya akan mengukuhkan hubungan tersebut.
Saya bersyukur kerana kami ada banyak persamaan. Saya menerima dia seadanya dan berharap dia juga begitu
Hafiz Hamidun kena bergerak pantas dalam mendirikan rumahtangga. Jangan tunggu lama-lama. Rasanya umur Hafiz pun sudah mahu mencecah 30 tahun. Semoga segalanya dipermudahkan buat dirinya. Kalau jadi kahwin nanti, jangan lupa jemput Abang Nara. Teringin nak makan nasi minyak. Hehehe.
P.S: Lebih 1,000 saman dikeluarkan dalam Ops Tahun Baru