March 15th, 2017

Selebriti Hafiz Hamidun akhirnya mengesahkan beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan pengasas kepada MERVE Group Holdings Berhad, Joy Revfa  ataupun nama sebenarnya, Siti Arifah Amin pada 1 Mei depan.

Buat masa ini Hafiz enggan mengulas lebih lanjut mengenai bakal isterinya itu dan segala persoalan akan dijawab pada satu sidang media khas serta majlis bertunang yang akan berlangsung pada 22 Mac ini. Hafiz dan Joy mula berkenalan sejak dua bulan lalu.

Insya-Allah, saya akan umumkan secara rasmi di majlis sidang media yang akan diadakan di Shah Alam. Lokasinya, saya akan umumkan nanti. Perkenalan kami bermula sejak dua bulan lalu. Mungkin tidak terlalu lama, tetapi proses perkenalan antara kami akan diteruskan selepas bernikah.

Hafiz memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Joy dan berharap segala perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Difahamkan, majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada 1 Julai iaitu bersamaan 7 Syawal manakala majlis pihak lelaki pula diadakan di Perak pada 7 Julai.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...