February 16th, 2016

Penyanyi dan usahawan berjaya, Hafiz Hamidun memberitahu beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih Adiela Ridzuan yang merupakan seorang model muslimah pada tahun ini.

Namun, buat masa ini Hafiz masih lagi mengaturkan perjanjian untuk keluarga beliau dan  ibu bapa kekasihnya itu untuk bertemu dan berkenalan sebelum membicarakan soal perkahwinan mereka dengan lebih serius.

Setakat ini saya dan Adiela ada juga bercakap tentang perkahwinan dan saya meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun ini. Jadi saya akan tunggu jawapan dan respons di sebelah pihak sana dan biarkan mereka menetapkan tarikh.

Apa-apapun, buat masa ini saya mahu ibu bapa kami berkenalan dulu. Bukannya merisik. Sekadar untuk berborak biasa untuk mendapatkan keserasian.

Meskipun baru sahaja beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing, Hafiz dan Adiela cukup serasi bersama. Malah,  wanita itu juga memahami kehidupan Hafiz sebagai seorang selebriti.

Saya ada cakap dengan dia, bercinta dengan artis ni lain sikit. Tambahan pula saya mempunyai hubungan baik dengan media, saya suka berkongsi segala hal tidak kira kerja atau peribadi.

Dan biasanya apabila hal peribadi ni orang yang bukan selebriti tidak gemar untuk berkongsi cerita.Alhamdulillah, mujurlah dia faham dan mula menerima apabila kisah kami didedahkan.

Satu berita yang agak baik, iyelah sebelum ini beberapa kali juga Hafiz meluahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga. Kami mendoakan agar perancangan perkahwinan Hafiz bersama Adiela akan dipermudahkan dan semoga ada jodoh sehingga kejinjang pelamin.

Sumber Berita: Malaysian Digest


Comments are closed.

Loading...