Hafiz Hamidun Rakam Album Guna Duit Simpanan RM200,000

Hiburan

Hafiz Hamidun Rakam Album Guna Duit Simpanan RM200,000

Melibatkan kolabrorasi penyanyi serta pemuzik tempatan dan antarabangsa, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun bakal muncul dengan album baharu berjudul Marhaba.

hafiz hamidun

Advertisement

Namun menurut Hafiz, beliau yang sepatutnya melancarkan album berkenaan pada bulan Ramadan ini terpaksa menangguh hasratnya itu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Tambahnya, beliau juga sepatutnya melakukan penggambaran video muzik di beberapa negara seperti Turki dan Uzbekistan tetapi terpaksa ditangguhkan juga.

Dalam pada itu, Hafiz turut mendedahkan proses pembikinan yang dilakukan di beberapa negara dalam menyiapkan albumnya itu menelan kos kira-kira RM200,000.

Ujar Hafiz, segala perbelanjaan yang dikeluarkan adalah daripada wang simpanannya sendiri.

hafiz hamidun

Beliau turut menegaskan, ini merupakan sebuah album yang sudah lama ditunggu-tunggu kerana ia disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa.

“Kos yang dikeluarkan untuk album ini bernilai kira-kira RM200,000 dan saya menggunakan wang simpanan saya sendiri. Tapi saya tidak menganggap itu satu bebanan kerana inginkan kualiti yang terbaik.”

Mengikut perancangan, Hafiz difahamkan bakal melancarkan album berserta 13 video muzik, malah ia juga merupakan perancangan terbesar kerana album terakhirnya dilancarkan pada tahun 2015 iaitu lima tahun lalu.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...