Baru-baru ini, isteri Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa menerima kritikan yang agak teruk daripada netizen gara-gara memuat naik foto promosi produk yang dianggap seksi di akaun Instagram miliknya.
Jelas Hafiz, sebagai seorang suami beliau telah beberapa kali telah menasihati isterinya daripada segi penampilan diri dan turut meminta agar Joy menerima teguran netizen sekiranya beliau masih melakukan kesilapan.
Netizen tidak tahu perkara sebenar dan seperti biasa mereka pantas membuat hukuman dan kesimpulan sendiri. Sebelum ini lagi, sudah beberapa kali saya menasihatinya dalam beberapa perkara termasuk bab penampilan. Kalau masih membuat khilaf sama, dia kena menerima teguran itu dengan terbuka.
Perkara baik yang dimuat naik (ke laman sosial), pasti akan disukai. Kalau sebaliknya, pasti ia akan mengundang pelbagai kritikan. Apabila perkara sebegini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu saya kerana ada banyak perkara lain yang turut memerlukan perhatian. Saya sebenarnya malas nak melayan hal sedemikian. Selepas ini, dia kena berhati-hati dalam hal sebegini.
Hafiz juga turut memberitahu rumah tangga mereka masih lagi bahagia dan tiada apa-apa yang berlaku meskipun berdepan dengan kontroversi foto iklan seksi yang menjadi perhatian ramai.
Tentulah sebagai seorang suami, Hafiz pasti akan cuba membimbing isterinya ke arah yang lebih baik. Setiap perubahan juga tidak boleh dilakukan secara drastik dan pastinya Joy juga sudah mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku.