Hafiz Hamidun Nafi Lagu Ada Kena Mengena Dengan Kisah Peribadi

Hafiz Hamidun Nafi Lagu Ada Kena Mengena Dengan Kisah Peribadi

Penyanyi Bob AF telah menyanyikan sebuah lagu ciptaan Hafiz Hamidun berjudul Terbuang Dalam Pelukan untuk finale AF Megastar 20117 yang berlangsung semalam. Mendengarkan liriknya, ada yang merasakan ia seolah-olah ada kena mengena dengan kisah peribadi Hafiz Hamdun yang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kepada Harian Metro, Hafiz menafikan ia berkait dengan kisah peribadinya, malah katanya, lagu itu dicipta enam tahun yang lalu iaitu pada tahun 2011.

Advertisement

Lagu Terbuang Dalam Pelukan saya hasilkan pada 2011 dan ia tiada kena mengena dengan kisah peribadi saya.

Ketika saya menghasilkan melodi lagu ini sejujurnya ia hanya untuk suka-suka saja selain eksperimen saya nak menguji sejauh mana kemantapan vokal Bob.

Ternyata Bob seorang penyanyi yang bagus kerana dia mampu mempersembahkan lagu ini dengan baik. Malah, saya amat puas hati dengan persembahan Bob.

Selepas saya menyiapkan melodi lagu ini memang Bob yang meminta untuk dia menulis liriknya. Sebagai komposer, saya tiada masalah untuk memberi kebenaran.

Cuma, apabila lagu ini siap dirakam sepenuhnya baru saya terfikir mahu meletakkan judulnya Terbuang Dalam Pelukan dan Bob turut setuju.

Bagi Hafiz, kemantapan vokal Bob terserlah melalui lagu ini yang turut dipersembahkannya malam tadi dalam minggu akhir AF Megastar 2017:

Dengan bakat dan keupayaan dimiliki Bob, saya sangat gembira kerana dia (Bob) berjaya membuktikan kemampuan dirinya yang sebenar.

Justeru, saya berharap masyarakat dan pendengar muzik di negara ini membuka mata untuk membuat penilaian dengan mengutamakan bakat berbanding memandang pada pakej personaliti seseorang penyanyi.

Harian Metro menambah bahawa Hafiz enggan mengulas mengenai kisah peribadinya dan berharap segala urusan penyelesaian diambil berjalan lancar.

Lirik Lagu Terbuang Dalam Pelukan – Bob Yusof

Betapa Benar
Sumpah Cintaku
Hanya Dirimu
Hingga Akhir hayatku

Betapa Kasih
Tidak Berdusta
Hanya Berpaut
Pada Kesetiaan

Kala Ku mengharapkan
Mengharapkan Belaianmu
Kau Menjamahi cinta ketiga
Kau Berpaling kasih

Dalam Kesedaranku
Kau Menodai cinta sendiri

Terlalu Banyak
Sandiwaramu
Walau Nyata dizahirmu
Walau Nyata dimataku

Aku Terbuang
Dalam Pelukan
Tanpa Sedar yang aku sendiri
Tidak Akan mengerti

Namun Ku akur
Cinta Kan datang dan pergi
Usah Biarkan ia dicemari
Oleh Dustamu

Kerana Akan
Ku Cari sebuah
Cinta Suci yang teragung
Dari-Nya

Terlalu Banyak
Sandiwaramu
Walau Nyata dizahirmu
Walau Nyata dimataku

Aku Terbuang
Dalam Pelukan
Tanpa Sedar yang aku sendiri
Tidak Akan mengerti

Aku Terbuang
Tanpa Sedar yang aku sendiri
Tidak Akan mengerti

Malah, dia ingin memfokuskan kepada karier dan kerjaya seninya sebagai penyanyi dan komposer setelah urusan itu diselesaikan. via Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...