Pagi ini, media sosial diberitakan bahawa Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, akan ke di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Turut dilihat menemani Joy ke mahkamah ialah ibu, kakak serta adik lelakinya.
Hafiz Hamidun, 33, juga dilihat hadir ke mahkamah dengan membawa borang. Setelah selesai urusan di mahkamah, Joy telah membuat kenyataan pada pihak media bahawa:-
1) Hafiz Hamidun telah memfailkan pembatalan perkahwinan mereka
2) Dakwaan kakak Joy bahawa mereka duduk sebumbung hanya enam hari ialah benar.
Pada 23 Mei selepas berbulan madu dan menjalani penggambaran untuk rancangan Romantika di Taipei, Hafiz Hamidun datang ke rumah mereka dan mengatakan perkahwinan mereka adalah tidak sah.
3) Hafiz didakwa berkata begitu kerana urusan perceraian Joy bersama bekas suaminya masih belum jelas, sama ada mereka sebenarnya telah bercerai.
Bagaimanapun, Joy memberitahu urusan perceraian dengan bekas suaminya telah selesai kerana Hafiz mahukan perkahwinan mereka dilaksanakan secepat yang mungkin.
Peguam Joy memberitahu yang permohonan Hafiz untuk batalkan perkahwinan dianggap tidak sah kerana Joy terlebih dahulu telah memfailkan permohonan pembatalan tersebut.
Tambah beliau, hanya Hakim Syarie yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan dan membatalkan satu perkahwinan.
Dan hari ini Joy hadir ke mahkamah kerana ingin menuntut hak sebagai seorang isteri dan wanita.
Joy juga mengakui masih ingin menyelamatkan perkahwinannya dengan Hafiz yang baru berusia tiga bulan.
Itu ialah antara intipati dari sidang media yang berlangsung sebentar tadi. –beautifulnara.com