Hafiz Hamidun Doa Cepat Dapat Jodoh Di Mekah

Hiburan

Hafiz Hamidun Doa Cepat Dapat Jodoh Di Mekah

Tahun ini merupakan tahun yang paling bermakna buat penyanyi Hafiz Hamidun kerana buat pertama kalinya beliau dapat mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Advertisement

Ia merupakan pengalaman yang cukup indah buat Hafiz apabila dapat menyambut Aidiladha di tanah suci. Malah, beliau juga bakal meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke 32 pada 21 September ini juga di Mekah.

Sudah memasuki usia 30 an, Hafiz juga tidak melepaskan peluang untuk berdoa kepada Allah SWT agar cepat mendapat jodoh.

Masa menyambut hari lahir nanti, kalau mengikut jadual saya sudah berada di Madinah. Setakat ini, tiada rancangan pun mahu mengadakan majlis, cukup dengan makan-makan.  Paling penting ibadat Haji saya berjalan lancar. Saya tidak lupa titipkan dan kirimkan doa untuk diri sendiri, keluarga, syarikat serta tidak ketinggalan soal jodoh

Pada masa yang  sama, Hafiz berkongsi beliau melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam proses untuk menyempurnakan ibadah haji. Namun, Hafiz yakin setiap apa yang berlaku kepada dirinya pasti ada rahmatNya tersendiri.

Semua itu ujian. Sakit atau susah… itu semua rahmat-Nya. Insya-Allah secara automatik, kita akan jadi tenang serta yakin diri. Tenaga pun kena ada kerana banyak berjalan. Walaupun sebelum pergi saya tidak sempat bersenam, syukur dipermudahkan.

Kalau ikutkan saya berjalan agak jauh juga tetapi masih bertenaga dan langsung tidak terasa lelah. Semuanya macam magis. Itu yang dapat saya katakan.

InshaAllah doa Hafiz Hamidun itu akan dimakbulkan, tetapi sebagai manusia juga beliau harus usaha untuk mendapat jodoh yang baik. Kata orang, kadang-kadang sesuatu yang sesuai dan terbaik buat kita itu datang lambat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...