Komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun menjadi bualan netizen sejak semalam apabila dikatakan tidak cakap serupa bikin.
Ini kerana dia memuat naik status umum mengenai ‘show off’ atau menayangkan apa yang dimiliki dengan tujuan berbangga di Twitter.
Ini menyebabkan Netizen menjawab tweet itu dengan memuat naik beberapa salinan skrin gambar Hafiz di sisi kereta mewah dan bergambar di rumah mewah beserta kolam renang persendirian yang pernah dimuat naik ke akaun Instagramnya.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Hafiz bagaimanapun, Hafiz menafikan kereta dan rumah itu adalah miliknya. Kepada Utusan Online, Hafiz memberitahu:
Ya, memang betul saya ada bergambar dengan kenderaan mewah dan pergi ke lokasi percutian bertaraf lima bintang seperti yang digambarkan. Semua itu bukan milik saya. Malah, keberadaan saya di lokasi-lokasi mewah itu disebabkan kebetulan ada kerja di situ, bukannya membelanjakan wang sendiri.
Nak tergelak pun ya apabila petikan Twitter saya mula tular di media sosial seolah-olah memberi gambaran bahawa saya seorang yang tak cermin diri sendiri sebelum menegur orang lain. Lagipun, kata-kata saya itu adalah sekadar peringatan kepada semua dan juga diri sendiri. Tidak spesifik untuk individu tertentu.
Dengan penjelasan ini, diharap ada yang tidak terkeliru lagi. Apa yang dimuat naik itu bukanlah harta milik Hafiz.
Namun begitu, penulis dengar Hafiz bukan calang-calang orangnya dan bergelar jutawan juga. Selamat maju jaya diucapkan buat Hafiz Hamidun. – beautifulnara.com
mak cute
April 12, 2018 at 11:57 am
ko dgn lopa mmg sesuai…dua2 kaki propa…sorg acah2 hjh…sorg acah2 ustaz
Anonymous
April 12, 2018 at 11:17 am
Memang la bukan harta kau. Tapi bila dah upload gambar cenggitu, show off jugak la kan? Sebab bukan semua orang dapat merasa naik X1, tinggal dekat tempat percutian mewah cenggitu.
Anonymous
April 12, 2018 at 10:29 am
Jangan main-main dgn makcik-makcik bawang. Sampai ke lubang cacing dia cari. hahahahhaa.
anonymous
April 12, 2018 at 9:12 am
low iq
Melur
April 12, 2018 at 9:12 am
“Tengok apa yang ditegur bukan siapa yang menegur.”
Jadi lah manusia yang simple dan tidak complicated.