Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hafiz Hamidun Dituduh ‘Show Off’: “Semua Itu Bukan Milik Saya”

Komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun menjadi bualan netizen sejak semalam apabila dikatakan tidak cakap serupa bikin.

Ini kerana dia memuat naik status umum mengenai ‘show off’ atau menayangkan apa yang dimiliki dengan tujuan berbangga di Twitter.

Advertisement

Ini menyebabkan Netizen menjawab tweet itu dengan memuat naik beberapa salinan skrin gambar Hafiz di sisi kereta mewah dan bergambar di rumah mewah beserta kolam renang persendirian yang pernah dimuat naik ke akaun Instagramnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Advertisement

Hafiz bagaimanapun, Hafiz menafikan kereta dan rumah itu adalah miliknya. Kepada Utusan Online, Hafiz memberitahu:

Ya, memang betul saya ada bergambar dengan kenderaan mewah dan pergi ke lokasi percutian bertaraf lima bintang seperti yang digambarkan. Semua itu bukan milik saya. Malah, keberadaan saya di lokasi-lokasi mewah itu disebabkan kebetulan ada kerja di situ, bukannya membelanjakan wang sendiri.

Nak tergelak pun ya apabila petikan Twitter saya mula tular di media sosial seolah-olah memberi gambaran bahawa saya seorang yang tak cermin diri sendiri sebelum menegur orang lain. Lagipun, kata-kata saya itu adalah sekadar peringatan kepada semua dan juga diri sendiri. Tidak spesifik untuk individu tertentu.

Dengan penjelasan ini, diharap ada yang tidak terkeliru lagi. Apa yang dimuat naik itu bukanlah harta milik Hafiz.

Namun begitu, penulis dengar Hafiz bukan calang-calang orangnya dan bergelar jutawan juga. Selamat maju jaya diucapkan buat Hafiz Hamidun.  – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 Comments

  1. Anonymous

    April 12, 2018 at 4:00 pm

    agak Nye dia sound yang show off tu yang terlajak tu le…

  2. shopia lorren

    April 12, 2018 at 3:59 pm

    Semua benda didunia termasuk nyawa kita tu milik Allah SWT..bersederhanalh n bertawakkallh dlm kehidupan..insyaAllah bahagia..

  3. Noname

    April 12, 2018 at 3:43 pm

    Bergambar je..
    X de sapa bole kalahkn dato aliff bab riak dn menunjuk..
    Hatta nk sedekah duit n bayar zakat pn tunjuk duit berikat2..

    • Anonymous

      April 12, 2018 at 4:55 pm

      DS Aliff tunjuk kemewahan sbb semua kuarga dia kaya..jadi x ada sapa nk meminjam duit.
      Kalau anda kaya dn kuarga anda byk yg miskin, mesti yg miskin tu “terfikir”..eh aku nk pinjam kt abg akulah..adik akulah..kakak akulah yg berduit tu.
      Jadi lebih baik jgn show off..

  4. Yana

    April 12, 2018 at 2:50 pm

    Nanti aku nak pergi luar negara, pastu posing kat semua tempat.. then upload gambar semua pastu bila orang lain cakap aku show off, aku cakap la semua tu bukan harta akuu…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama