Hafiz Hamidun Dedah Alami Tekanan Mental, Jumpa Pakar Sakit Jiwa

Hiburan

Hafiz Hamidun Dedah Alami Tekanan Mental, Jumpa Pakar Sakit Jiwa

Dihimpit pelbagai kemelut serta kontroversi mengenai rumah tangganya bersama usahawan kosmetik, Joy Revfa penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan apa yang berlaku benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam hidupnya sehingga merasakan dirinya bagai separuh gila.

Advertisement

Hafiz memberitahu beliau mengalami kemurungan yang teruk, hilang selera makan, tidak mampu tidur selama enam bulan. Akhirnya beliau terpaksa berjumpa dengan pakar sakit jiwa untuk bantunya menenangkan diri.

Saya hanya manusia biasa dan memerlukan bantuan psikologi. Saya bukannya orang bijak pandai yang tahu semua perkara. Alhamdulillah, ramai yang membantu saya bertemu beberapa pakar supaya lebih tenang dan tidak berputus asa dengan ujian yang menimpa. Saya tidak mahu menjadi manusia yang berputus asa sehingga menjejaskan kesihatan.

Kelihatan agak tegas ketika ingin menyelesaikan isu perceraian beliau, ramai yang mengatakan Hafiz tidak terkesan langsung dengan segala masalah perkahwinannya itu. Namun, kata Hafiz tiada siapa tahu apa yang beliau hadapi sehingga membuatkan kerjaya serta perniagaannya terganggu.

Siapa kata saya tidak terkesan dengan apa yang berlaku? Orang tuduh saya suami enam hari, tidak mampu memberikan nafkah batin, tak bertanggungjawab dan lebih buruk, dituduh sebagai golongan ‘kunyit’. Kesan buruknya bukan saja pada jiwa, tetapi kerjaya dan perniagaan. Saya mengambil masa selama enam bulan untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal. Lebih beri tekanan, banyak tawaran projek terbatal pada saat akhir.

Meskipun dilemparkan dengan pelbagai tomahan Hafiz tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap mana-mana pihak. Kegagalan rumah tangganya itu juga tidak membuatkan beliau serik untuk bercinta lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...