Setelah memaklumkan akan memberi penjelasan tentang perkahwinannya dengan Joy Revfa, Abang Nara mendapati Hafiz Hamidun telah membuang kesemua gambarnya bersama isterinya itu daripada laman sosial Instagram. Kalau tak silap Abang Nara, pembuangan ini baru sahaja berlaku kerana pagi tadi masih ada lagi gambar mereka berdua. Tup-tup petang ini dah tak ada.
Sudah tentu Hafiz mempunyai sebabnya tersendiri untuk melalukan perkara ini. Namun sudah tentu ini sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi tentang status perkahwinan mereka. Sayang rasanya jika perkahwinan yang masih terlalu muda berakhir dengan perpisahan. Kita sama-sama doakan agar Hafiz dan Joy dapat berbincang dan bersepakat untuk mengatasi apa jua masalah yang timbul. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada penyanyi popular ini. Buat masa ini, kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini.