January 29th, 2018

Gara-gara menegur Fathia Latiff berkaitan isu komen bunuh diri terhadap Iqram Dinzly, selebriti Hafiz Hamidun menerima pelbagai komen negatif daripada sesetengah pihak yang menganggap dirinya tidak layak untuk memberikan sebarang nasihat ataupun teguran kerana sejarah rumah tangganya yang gagal bersama Joy Revfa.

Bengang dengan cara sesetengah masyarakat berfikir, Hafiz bagaimanapun memberitahu beliau tidak akan berhenti untuk meluahkan pendapat ataupun sebarang nasihat menerusi akaun media sosialnya.

Apa kaitan antara isu perkahwinan saya yang sudah berlalu, dengan niat baik saya mahu menyuntik kesedaran kepada masyarakat supaya jangan memandang ringan terhadap dorongan membunuh diri?

Teguran itu saya kongsi untuk memberi peringatan, jangan jadikan isu serius terutama bunuh diri sebagai sesuatu yang boleh menjadi gurauan. Banyak lagi perkara lain yang boleh dijadikan bahan lawak.

Ada juga yang menyelar saya kerana menegur rakan artis itu secara terbuka, bukannya melalui mesej peribadi. Gurauan itu dilakukan secara terbuka, jadi saya perlu meluahkan teguran saya juga dengan cara sama supaya mesej itu sampai kepada semua orang.

Tambah Hafiz lagi, setiap perkongsian ataupun maklum balas mengenai sesuatu isu adalah peringatan untuk dirinya juga. Buat Hafiz, setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka asalkan ia dengan tujuan yang baik.

Sumber Berita : BH ONLINE


12 responses to “Hafiz Hamidun Bengang Nasihat Dan Teguran Dipertikai Kerana Sejarah Rumah Tangganya”

  1. azwan ali says:

    ala ko pon bukan ustaz ke tahfiz nak bagi nasihat..duk diam jek la sebok nk bising sama ngan janda ko..huhu

  2. manusi says:

    Hahaha aku la tu yg komen pasal dia ngan joy hahaha padan muka ko hafiz.. si fathia tu buat lawak kasar je.. ikram pun xde mrh pun.. ko lbh2 nape.. ko mmg xlyk beri nasihat la.. mcm ketam ajar anak bjln lurus..

Loading...