Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hafiz Dan Adira Sudah Putus, Mahu Fokus Kepada Kerjaya

Setahun menjadi pasangan bermadu kasih, percintaan pasangan duet lagu Ombak Rindu iaitu Hafiz dan Adira akhirnya sampai ke penamat. Kedua-duanya gagal mengenali hati budi masing-masing dan kini mahu lebih fokus kepada kerjaya. Namun mereka berdua masih menjadi kawan baik dan masih selesa berkongsi masalah dan cerita masing-masing.

hafiz adira putus

Advertisement

Kata Hafiz:-

Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini. Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi. Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan. Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya

Manakalah Adira pula tidak menolak yang kesibukan kerja merupakan salah satu perpisahan mereka:-

Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya. Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila. Jika suatu hari nanti, ada jodoh kami, saya terima dengan hati terbuka

Pendapat Abang Nara, dua-dua pun masih muda. Dua-dua pun tengah popular sekarang ini. Tak apalah clash dulu buat masa ini. Fokus kerjaya, fokus buat duit dulu. Nanti dah berusia sikit, dah matang sikit, bolehlah mula berfikir nak bina keluarga. Tak perlu tergesa-gesa. Tak gitu?

P.S: Wow. Saintis telah jumpa gua kristal Superman yang sebenar. Jom kita tengok!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 Comments

  1. perihatin

    January 5, 2012 at 8:37 pm

    tolonglah jgn dok kutuk2 dorg… bosan betol aku bace komen org yg bajet cm diri dye bgus… kutuk sore la ape la… xpaham tol aku…. diam2 je dh la…. ade jela yg xkna………

    • Kak Pah

      February 8, 2012 at 7:47 am

      Salam. ” Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yg beriman & beramal soleh & berpesan2 dgn kesabaran & yg berpesan2 dgn kesabaran” ( Surah Al- Asr) Jangan kita mengumpat, mengeji sesama insan, kalau nak nasihat, buatlah dgn hikmah & berhemah serta sabar. Sesunggunya Allah sentiasa melihat, mendengar & mengetahui apa yg kita buat tiap saat, di mana jua kita berada sekalun di alam siber. Kepada artis berdua yg dihormati, jagalah tatasusila sebagai muslim, katakan tidak jika ada pihak inginkan sesi foto berdua2an, bykkan sabar jika nampak gadis2 cantik &@ pria comel kerana anda ticada hubungan / cop HALAL! Mungkin esok @ lusa kita menghadapNYA. Hendaklah kita saling beringat.

    • Kak Pah

      February 8, 2012 at 7:53 am

      Sorry ada typo, ” yg berpesan2 dgn KEBENARAN & yg berpesan2 dgn kesabaran”.

  2. S Rissa

    January 3, 2012 at 11:19 pm

    Elok la tu kalau dua2 dah takde hubungan. Muda lagi pun. Hentah apa dihadap sgt ngan si adira tu pun aku tak tau.
    Honestly suara bukan nya sedap sgt pun. Nak2 lagi dlm OST OR tu. Suara perempuan ngan laki tak leh nak beza, sama jek! Harap filem je la naekkn lagu tu.
    Lagu Sakura tu pada jadi – ke longkang jugak ke??!
    Adira tu harap AESB je la nak survivekalau nak harap popularity penuh ngan cerita pengkid itu je la.
    Mengaku je la Adira oooii yg ngko tu mmg dua alam pun!

  3. Dato minah jambu 24jam mengadap computer

    January 3, 2012 at 6:32 pm

    hafiz !!!!! hahahahahahahahahahaha si jantan pendek ni eeeeeeeeeeeeeee minah jambu memang tk bekenan ngan dia ! muka hensem tapi kalau pendek memang minah jambu paling2 tk bekenannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!! lagi2 rambot kerenting eeeeeeeeeeeeeeeeeee bwek!!!!!!! hahahahahahahahahahahahahahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!

  4. Dato minah jambu 24jam mengadap computer

    January 3, 2012 at 6:30 pm

    hafiz !!!!! hahahahahahahahahahaha si jantan pendek ni eeeeeeeeeeeeeee minah jambu memang tk bekenan ngan dia ! muka hensem tapi kalau pendek memang minah jambu paling2 tk bekenannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!! lagi2 rambot kerenting eeeeeeeeeeeeeeeeeee bwek!!!!!!!

  5. gigi karat

    January 3, 2012 at 6:17 pm

    owwh putus dh cinta jakun n sakai ni…bosan ker??atau nk cuba yg baru plak ker??!!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top