Seriau darah tengok gambar kereta Hafiz AF yang terlibat dalam kemalangan. Ini dah boleh dikira hancur lebur dah nie. Kalau tengok kereta nampak gaya macam tuan punya kereta injured teruk, tapi syukur sebab Hafiz tak mengalami cedera parah. Cuma perlu banyak berehat sebab kecederaan agak teruk di bahagian leher Hafiz.
[note]Waktu kejadian berlaku, saya dalam perjalanan pulang ke rumah (Damansara) dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Saya akui saya memandu sangat lagu waktu itu kerana ingin pulang ke rumah cepat. Ketika berada di lane laju tiba-tiba saya berdepan dengan kereta yang bergerak dengan sangat perlahan.
Bagi mengelak untuk terus berlanggar dengan kereta itu saya pun terus membuat emergency break dan memusing steering kereta dengan cepat. “Tindakan itu telah menyebabkan kereta saya berpusing-pusing dan terus merempuh pokok dan tiang lampu jalan yang berhampiran. Dengan kuasa Tuhan, nasib saya baik kerana hanya bahagaian depan kereta sahaja yang berlanggar dan bukan bahagian tempat memandu[/note]
Apa pun kami doakan agar Hafiz cepat sembuh dan akan mampu beraksi dengan macho dan bergaya di atas pentas AJL25 Ahad ini. Untuk makluman, lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz adalah salah satu finalis untuk AJL25. Kepada anda, sama-sama doakan agar Hafiz cepat sembuh.
Terima kasih kepada SelebritiTweets untuk info ini.