Seperti yang ramai ketahui, nama pelakon Hafidz Roshdi kini menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa berlaku curang dengan kehadiran orang ketiga dikenali sebagai Athira Yuhada.
Terkini, pelakon berusia 28 tahun itu telah memuat naik sebuah hantaran gambar di laman Instagram memaparkan dia sedang menggengam erat tangan seorang wanita dipercayai isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Menerusi hantaran tersebut, Hafidz seolah-olah ingin memberi bayangan bahawa hubungannya dengan isteri sudah kembali baik selepas Athirah membuat permohonan maaf.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Tundukkan Playboy itu dipercayai pulang ke kampung halaman di Kangar, Perlis untuk bertemu isterinya.
Malah, Hafidz turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
Alhamdulillah terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga. Doakan hubungan kami kekal hingga ke Syurga Firdausi, Amin YRA.
Bagaimanapun, lain pula reaksi yang diberikan oleh rata-rata netizen apabila mempersoalkan sama ada tangan di dalam gambar tersebut adalah tangan isterinya atau sebaliknya.
Meninjau di ruangan komen, ada juga yang memberi peringatan kepada Hafidz agar tidak terus melukakan hati isteri dan membuat permohonan maaf sebagai penutup kesalahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.