Hafidz Roshdi Tuntut Hak Penjagaan Penuh Humairah Dan Umar – Peguam Syarie

Hiburan

Hafidz Roshdi Tuntut Hak Penjagaan Penuh Humairah Dan Umar – Peguam Syarie

Memetik Malaysia Gazette, pelakon Hafidz Roshdi telah membuat permohonan untuk menuntut hak penjagaan penuh kedua-dua anaknya yang kini berada di bawah jagaan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Perkara tersebut disahkan oleh Ummi Kartini Abd Latiff selaku peguam syarie yang mewakili Hafidz Roshdi.

Advertisement

Difahamkan, permohonan tuntutan tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada hari Jumaat yang lalu.

Selain hak penjagaan penuh, Hafidz juga memohon hak jagaan interim (sementara) berikutan terdapat kesulitan untuk dia berkomunikasi dan berjumpa anak-anak sebelum ini.

Dia sebelum ini meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa mereka pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Mereka berdua kini sedang dalam prosiding menentukan status perkahwinan yang akan disebut semula di mahkamah pada 20 Jun ini.

fyna jebat kena ceraikan
12 months ago

"Ayah Saya Dah Ceraikan Dia" - Fyna Jebat Diceraikan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Malaysia Gazette

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...