June 1st, 2016

Apabila Hafidz Roshdi membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nurul Shuhada pada bulan April lepas, ramai yang gembira dan mengucapkan tahniah.

Namun,masih ada juga sesetengah pihak yang mengkritik isterinya hanya kerana kontroversi sebelum ini yang mengatakan Shuhada cemburu dengan kemesraan Uqasha Senrose dan Hafidz didalam drama Tundukkan Playboy Itu.

Mempertahankan isterinya, Hafidz pada masa yang sama memberitahu isterinya tidak begitu rungsing dengan kritikan kerana tidak mempunyai akaun media sosial.

Hanya saya yang mengerti sikap serta perangai isteri saya. Semua tuduhan tidak betul dan isteri saya bukanlah seperti tuduhan tersebut.

Dia tiada akaun laman sosial jadi dia tak banyak rungsing membaca semua kritikan haters.

Jelas Hafidz, isterinya seorang yang cukup memahami dan menyokong karier beliau sebagai seorang pelakon. Oleh itu, demi menghargai dan menjaga hati isterinya, Hafidz cuba untuk mengelak daripada berlakon adegan mesra yang mungkin boleh mengundang fitnah.

Isteri saya sangat menyokong karier seni saya. Cuma bagi saya, kalau  ada adegan mesra, buat dengan cara yang tidak terlalu melampau atau menonjolkan kemesraan hingga boleh mengundang kritikan orang ramai.

Isteri tidak meletakkan sebarang syarat untuk saya terus berlakon bergandingan dengan wanita lain. Saya pun kalau boleh tak mahulah keterlaluan melakukan adegan mesra dengan wanita lain di dalam drama.

Bukan mudah untuk  sesetengah artis menolak arahan pengarah tetapi jika ada pendirian yang kukuh pasti ia akan dihormati oleh orang lain juga. Tidak bermakna setiap babak perlukan adegan mesra untuk menarik minat penonton bukan?

Sumber Berita : Mangga Online


Comments are closed.

Loading...