Hafidz Roshdi Tersenyum Keluar Mahkamah, Shu Shukri Tarik Balik Kes Tumbuk Muka – “Saya Berpuas Hati, Rasa Gembira”

Hiburan

Hafidz Roshdi Tersenyum Keluar Mahkamah, Shu Shukri Tarik Balik Kes Tumbuk Muka – “Saya Berpuas Hati, Rasa Gembira”

Hari ini telah berlangsung sebutan kes antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri atau Shu di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Hafidz yang memakai kemeja putih dilihat tiba di perkarangan mahkamah ditemani isterinya, Athira Yuhada dan ibunya sekitar jam 9 pagi.

Advertisement

hafidz roshdi dan athira yuhada di mahkamah

 

Shu tarik balik kes

Difahamkan, Shu tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana keadaannya yang tidak sihat namun Hafidz keluar dengan wajah tersenyum selepas bekas isterinya dilaporkan menarik balik kes.

Shu dilaporkan menarik balik kes menumbuk pipi kiri yang didakwa dilakukan Hafidz sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 13 Mac lalu.

muka shu ditumbuk hafidz

Tambah pelakon berusia 30 tahun itu, keputusan dibuat bekas isterinya membuktikan bahawa mereka berdua kini sudah berdamai demi kebaikan masing-masing dan anak-anak.

Alhamdulillah, saya rasa sangat berpuas hati. Tentunya rasa gembira. Alhamdulillah rasa bersyukur. Selama ini memang dah tenang, hari ini lagi tenang.

hafidz roshdi di mahkamah

Berharap keputusan ini dapat memberi penjelasan kepada semua orang, Hafidz bagaimanapun menafikan bahawa wujudnya unsur ugutan dan provokasi daripada pihaknya terhadap Shu.

Memang kami bersetuju untuk berdamai secara baik. Semuanya secara baik. Saya harap ini membuka mata kepada orang-orang di luar sana, bahawa kami sudah berdamai. Tak ada konfrontasi dan sebagainya.

Ketika ditanya kesihatan mentalnya, Hafidz berkata dia kini semakin stabil namun masih menerima rawatan di Hospital Shah Alam secara bulanan serta diberikan preskripsi ubat.

Alhamdulillah tak ada masalah. Saya pun setiap bulan ada menjalani pemeriksaan dengan doktor dan makan ubat. Makin sihatlah.

hafidz roshdi mahkamah
5 months ago

"Mula Dah Blur Dia, Menari TikTok Ok" - Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes Pukul Bekas Isteri, Riak Wajah Hafidz Roshdi Jadi Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...