Hafidz Roshdi Raih Perhatian, Jadi ‘Live Host’ Jenama Pakaian Kurta Di TikTok

Hiburan

Hafidz Roshdi Raih Perhatian, Jadi ‘Live Host’ Jenama Pakaian Kurta Di TikTok

Pelakon Hafidz Roshdi meraih perhatian selepas dilihat menjadi ‘live host’ untuk sebuah jenama pakaian, Tuan By Tengku Kery yang dijual di TikTok.

Menerusi siaran langsung tersebut, Hafidz dilihat mempromosikan pakaian jenis kurta pelbagai corak yang mempunyai saiz sehingga 5XL.

Advertisement

Bapa kepada tiga anak itu berinteraksi dengan orang yang menonton sambil menunjukkan saiz, warna dan jenis kain  kurta yang dijual itu.

Hafidz Roshdi live host

Hafidz juga dikatakan bersemangat dan teruja membaca serta menjawab komen serta soalan daripada netizen yang menonton siaran langsung tersebut.

Menerusi ruangan komen di TikTok, pelbagai respon dilihat diberikan oleh netizen di mana ada yang berkata mereka tidak mahu sokong kerana apa yang telah dilakukannya kepada bekas isteri.

Namun, ada juga sesetengah individu berpendapat setiap orang layak diberikan peluang dan turut memberi semangat untuk Hafidz bangkit semula.

hafidz roshdi bebas dari tuduhan mencederakan isteri
1 week ago

Hafidz Roshdi Dibebaskan Sepenuhnya Daripada Pertuduhan Cederakan Bekas Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...