Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hafidz Roshdi Pernah Anti Lelaki Lembut, Kini Persepsi Berubah

Ramai ‘lelaki lembut’ sterlibat dalam industri hiburan terutamanya sebagai jurusolek arrtis.

Dan pelakon Hafidz Roshdi memberitahu, dia pernah memiliki perasaan ‘anti’ golongan tersebut ketika baru menceburi industri hiburan. Bercakap pada Harian Metro, Hafidz memberitahu:

Advertisement

Diakui masa mula-mula masuk industri, saya ada perasaan anti golongan ini. Namun, apabila setiap hari di kelilingi kelompok ini, kami jadi kawan. Persepsi saya juga berubah. Malah, baru saya tahu mereka macam mana.

Selama ini orang kita dimomokkan dengan cerita negatif mengenai mereka. Sedangkan kita tidak tahu kisah sebenar. Kalau ada pun kesalahan yang dilakukan, itu urusan mereka dengan Tuhan.

Apa yang penting, kita jaga hubungan baik sesama manusia. Mereka juga sama macam kita punya hati dan perasaan. Jangan mudah menjatuh hukum untuk orang lain kerana itu bukan hak kita.

Hafidz menambah ramai individu dalam industri memperkecilkan golongan ini:

Dalam bidang ini saya juga bekerja dan berjumpa dengan golongan ini. Saya tahu cara kerja mereka macam mana. Saya hormat mereka sebagai rakan sekerja.

Advertisement

Cuma tidak dinafikan ada di kalangan rakan saya yang suka perli dan beri persepsi negatif terhadap mereka. Saya selalu pesan dan ingatkan, jangan nilai orang dari luaran.

Kalau dulu Hafidz anti lelaki lembut, kini Hafidz berkawan dengan mereka. Iyalah, kenapa mendiskriminasi seseorang berdasarkan perwatakannya, ya tak? Golongan ini biasanya kreatif dan ‘meriah’, dan senang dibuat kawan dari pemerhatian penulis. Semoga cerita Hafidz ini dapat melenyapkan stigma mengenai ‘lelaki lembut’ dalam industri. – beautifulnara.com

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. Sapsibubapa

    April 14, 2018 at 12:51 pm

    Moga ada ramai lagi orang yg boleh belajar untuk menyantuni golongan sebegini. Dari situ kita blh faham punca kenapa mereka terarah menjadi lelaki lembut

  2. Anon

    April 14, 2018 at 3:09 am

    Golongan lembut bukan semua gay sama la mcm golongan tough bukan semua lelaki sejati. Aku ada je kawan lembut but suka perempuan. Plus golongan yg lembut ni la depa lagi hebat dari yg tough ni, mostly keja doktok, farmasi and sambung belajar sampai doktor falsafah. Aku ingat lagi masa kat matriks, sbb geng lembut ni asyik kena pulau, depa selalu jalan in a group and semua pasang earphone sbb tak nak dengar org duk mengata. Bila masuk sem dua, best student geng yg tu jugak, sains hayat, 4 flat sambung medic kat UM. Ko ada?

    • D

      April 14, 2018 at 11:42 am

      bkn mslh hebat ke blaja pandai ke..dah sah2 menyerupai jantina berlawanan tu salah dalam agama..back to basic..simple

    • Tu

      April 14, 2018 at 5:15 pm

      Dangkal nyer otak ko ni. Mudah2 han ada anak ko jd pondan.

  3. hapishapus

    April 14, 2018 at 2:01 am

    yg penting aku annoying sgt tengok dia asyik angkat kening besor mate sbelah cenggitu euwwww

  4. Xox

    April 13, 2018 at 11:09 pm

    Byk komen kat blog ni cam kimK jer

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama