Hafidz Roshdi Pernah Anti Lelaki Lembut, Kini Persepsi Berubah

Hiburan

Hafidz Roshdi Pernah Anti Lelaki Lembut, Kini Persepsi Berubah

Ramai ‘lelaki lembut’ sterlibat dalam industri hiburan terutamanya sebagai jurusolek arrtis.

Dan pelakon Hafidz Roshdi memberitahu, dia pernah memiliki perasaan ‘anti’ golongan tersebut ketika baru menceburi industri hiburan. Bercakap pada Harian Metro, Hafidz memberitahu:

Advertisement

Diakui masa mula-mula masuk industri, saya ada perasaan anti golongan ini. Namun, apabila setiap hari di kelilingi kelompok ini, kami jadi kawan. Persepsi saya juga berubah. Malah, baru saya tahu mereka macam mana.

Selama ini orang kita dimomokkan dengan cerita negatif mengenai mereka. Sedangkan kita tidak tahu kisah sebenar. Kalau ada pun kesalahan yang dilakukan, itu urusan mereka dengan Tuhan.

Apa yang penting, kita jaga hubungan baik sesama manusia. Mereka juga sama macam kita punya hati dan perasaan. Jangan mudah menjatuh hukum untuk orang lain kerana itu bukan hak kita.

Hafidz menambah ramai individu dalam industri memperkecilkan golongan ini:

Dalam bidang ini saya juga bekerja dan berjumpa dengan golongan ini. Saya tahu cara kerja mereka macam mana. Saya hormat mereka sebagai rakan sekerja.

Cuma tidak dinafikan ada di kalangan rakan saya yang suka perli dan beri persepsi negatif terhadap mereka. Saya selalu pesan dan ingatkan, jangan nilai orang dari luaran.

Kalau dulu Hafidz anti lelaki lembut, kini Hafidz berkawan dengan mereka. Iyalah, kenapa mendiskriminasi seseorang berdasarkan perwatakannya, ya tak? Golongan ini biasanya kreatif dan ‘meriah’, dan senang dibuat kawan dari pemerhatian penulis. Semoga cerita Hafidz ini dapat melenyapkan stigma mengenai ‘lelaki lembut’ dalam industri. – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...