Hafidz Roshdi Beri Amaran Kepada Individu Yang Buka Instagram Palsu Isterinya

Hiburan

Hafidz Roshdi Beri Amaran Kepada Individu Yang Buka Instagram Palsu Isterinya

Beberapa kali juga Hafidz Roshdi memberitahu isterinya tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan tidak boleh membaca komen negatif haters. Walaubagaimanapun, baru-baru ini ada individu yang telah membuka akaun Instagram palsu atas nama isterinya.

Advertisement

Tidak mahu sebarang perkara negatif berlaku dan ia akan mengheret isterinya, Nurul Shuhada didalam apa-apa permasalahan, Hafidz telah memberi amaran kepada individu disebalik akaun palsu berkenaan.

Saya sedar ada akaun palsu yang menggunakan nama dan gambar-gambar isteri saya tiga hari selepas kami berkahwin.

Saya tidak tahu apa tujuan mereka membuat akaun tersebut. Saya menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut dan memberi amaran supaya mereka menutup akaun itu dan tidak mencuri gambar-gambar isteri saya dengan tujuan tertentu.

Menggunakan nama @shue.suhada, Hafidz mendapati individu tersebut seorang lelaki yang memberitahu beliau minat kepada isterinya dan ingin menubuhkan kelab peminat.

Saya sudah selidik bahawa individu yang menguruskan akaun itu adalah lelaki dan katanya dia minat kepada isteri saya dan ingin menubuhkan kelab peminat.

Saya tidak tahu apa sebenarnya niat individu tersebut dan hanya bersangka baik sahaja. Setakat ini dia hanya ambil gambar-gambar isteri saya yang saya dan rakan-rakan baiknya muat naik di laman sosial.

Buat masa ini Hafidz enggan mengambil sebarang tindakan kepada individu terbabit kerana tiada lagi perkara yang boleh mencalarkan maruah isterinya mahupun keluarga tercetus. Hafidz juga sentiasa memantau setiap muat naik dan perkembangan akaun Instagram berkenaan.

Bahaya juga kalau ada invidu yang menyamar disebalik nama seseorang. Kalau apa-apa terjadi tentu pemilik nama itu akan berada didalam masalah besar. Walaupun tiada masalah yang berlaku sekarang, Hafidz dan isteri kena lebih berhati-hati dan lebih baik tutup sahaja akaun berkenaan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...