“Haelmummy Je Belum Ada Lagi..” Hael Amik Anak Angkat Baru, Sepasang Kembar Lelaki Hiasi Kehidupan

Hiburan

“Haelmummy Je Belum Ada Lagi..” Hael Amik Anak Angkat Baru, Sepasang Kembar Lelaki Hiasi Kehidupan

Penyanyi terkenal, Hael Husaini khabarnya telah mengambil anak angkat iaitu sepasang kembar lelaki bagi menambah keceriaan hari lebaran pada tahun ini.

Hael turut memberi nama kepada anak kembarnya itu dengan nama Haelmy dan Haelman selain seorang anak perempuan yang turut menjadi anak angkatnya iaitu Nur Helena.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)

Kehadiran ketiga-tiga cahaya mata itu ternyata telah menceriakan lagi pagi 1 Syawal yang disambut semalam.

Penyanyi lagu Jampi itu turut berkongsikan beberapa foto dirinya bersama anak-anaknya itu di Instagram untuk pengetahuan peminat dan pengikut media sosialnya.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin daripada kami Hael, Helena and say hello to my twin Haelmy dan Haelman..” tulisnya di ruangan kapsyen hantarannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)

Tampil sedondon menggayakan baju berwarna ungu, Hael dan keluarga mengundang perhatian peminat yang rata-rata teruja dengan kedatangan kembar comel itu.

Sementara itu, ada juga yang mengusik Hael mengenai pasangan hidup.

View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)

“Haelmummy je tak ada lagi..” tulis seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Ramzi ada mengambil anak angkat perempuan diberi nama Nur Helena Hael yang diterimanya daripada sebuah keluarga pada Mei 2017 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...