Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memberikan jawapan penuh teka-teki berhubung soal perkahwinannya dan juga penyanyi Amira Othman yang sering dikaitkan dengan Fattah Amin.
Menerusi satu video live yang dimuat naik di platform TikTok, Hael dilihat tersenyum dan malu-malu apabila diajukan soalan mengenai status hubungannya oleh penyanyi lagu Hati-Hati itu.
Ketika ditanya oleh Amira bila mahu mendirikan rumah tangga, Hael menjawab secara ringkas:
Amira tanya bila nak kahwin? Maybe, lepas dia. Very soon kan Mira, kalau lepas Mira maksudnya..
Jawapan itu secara tidak langsung mencetuskan spekulasi dan keterujaan netizen yang rata-rata mendoakan agar urusan kedua-duanya dipermudahkan.
Please la jadi betul-betul, sweet gila!
Macam dah tak sorok dah, kita doakan yang baik-baik je.
Sebelum ini, Amira dan Fattah amin sering menjadi perhatian kerana keserasian dan momen mesra mereka yang tular di media sosial, meskipun kedua-duanya belum pernah mengesahkan secara rasmi status hubungan mereka.
Manakala Hael sering diusik peminat tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.