Penyanyi Hael Husaini dilihat hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menjadi saksi kes penyelewengan wang berjumlah RM28,000.
Menurut laporan, kes itu melibatkan Syarikat Pengurusan Bakat, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan difahamkan syarikat itu telah memfailkan saman terhadap bekas kakitangannya.
Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Rajahram Anand berkata, individu berkenaan telah mencabar Syarikat Pengurusan Bakat, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd mengenai kes penyelewangan wang.
Pada pertengahan tahun lalu, kami telah membuat satu laporan polis terhadap seorang bekas pekerja yang disyaki menyeleweng sejumlah wang daripada tawaran persembahan yang dipersembahkan oleh Hael.
Selepas membuat laporan polis tersebut, mereka membuat keputusan untuk mendakwa individu itu di mahkamah dan pelantun lagu ‘Haram’ itu telah hadir sebagai saksi.
Jadi, Hael di sini untuk menjadi saksi bahawa dia penyanyi menjalankan tugas tersebut.
Hael dan Rocketfuel tidak mendapat bayaran satu sen pun. Keseluruhan wang diambil individu terbabit.
Penyanyi itu berharap agar kes ini menjadi iktibar untuk semua pihak termasuk pdirinya, ihak pengurusan dan artis lain.