August 19th, 2020

Diajukan dakwaan kononnya hubungannya dengan komposer Ezra Kong sebagai rakan kerja sudah tidak sehaluan, penyanyi dan komposer tanah air Hael Husaini tampil menafikan spekulasi tersebut.

 Hael Husaini, Ezra Kong Dah Tak Sebulu?

Tambah Hael, ia hanyalah satu dakwaan umum sahaja berikutan melihat tiada kerjasama antara mereka berdua lagi pada tahun ini dalam penerbitan lagu.

“Sebenarnya kami tiada masalah pun. Cuma mungkin sekarang apabila lagu-lagu yang saya hasilkan , orang tak nampak Ezra, ingat mereka ini bergaduh ke? Sebenarnya, tak pun.”

 Hael Husaini, Ezra Kong Dah Tak Sebulu?

Ujar penyanyi yang popular menerusi lagu Haram itu lagi, beliau khabarnya sehingga kini masih merujuk kepada Ezra untuk mendapatkan nasihat berhubung penggubahan sesebuah lagu.

“Setiap lagu yang saya tak buat dengan Ezra, saya tetap rujuk kepadanya. Jadi, kami memang sentiasa berkongsi. Lagipun saya masih belajar dan dia pun banyak mengajar saya.”

Bahkan, langsung tidak menolak untuk bekerjasama dengan Ezra jika berpeluang pada masa akan datang.

 Hael Husaini, Ezra Kong Dah Tak Sebulu?

Terdahulu, hubungan mereka tidak lagi sehaluan apabila ada pihak mendakwa dua jejaka itu dilihat tidak lagi bersama dalam penghasilan lagu.

Antara lagu yang dihasilkan tanpa kehadiran Hael AEWO nyanyian Shiha Zikir dan Gila (Kaka Azraff)

Manakala Hael pula dilihat menghasilkan lagu tanpa gandingan Ezra ialah Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan single terbaharunya, Bujang.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...