August 19th, 2020

Belum pun reda dengan dakwaan kononnya hubungannya dengan komposer Ezra Kong sebagai rakan kerja sudah tidak sehaluan, penyanyi Hael Husaini sekali lagi dihimpit kontroversi.

Hael Husaini, Dayang Nurfaizah Bakal Bertunang?

Dilihat begitu berhati-hati apabila diajukan soalan berkenaan dakwaan dirinya dan penyanyi Dayang Nurfaizah bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat, Hael bagaimanapun tampil menafikan spekulasi tersbeut.

Lebih mengejutkan, Hael juga enggan memberi apa-apa komen lanjut berhubung isu berkenaan dan menyifatkan ia merupakan soalan yang bahaya.

Hael Husaini, Dayang Nurfaizah Bakal Bertunang?

“Tak ada, tak ada. Belum lagi. Saya tak nak jawab. Tiada komen, bahaya soalan ini (berkaitan pertunangan dengan Dayang). Insya-Allah, kalau ada rezeki dengan sesiapa yang sudi dan sampai jodoh, saya bertunang.”

Hael Husaini, Dayang Nurfaizah Bakal Bertunang?

Biarpun sebelum ini, bertebaran gosip mengatakan hubungan istimewanya dengan Dayang makin akrab, namun Hael yang popular dengan lagu Haram itu memaklumkan bahawa dirinya juga masih menunggu jodoh, sama seperti kebanyakan rakan-rakan bujangnya yang lain.

Heal sebelum ini sering kali dikaitkan dengan penyanyi lagu Wanita Teragaung itu. Hal ini demikian kerana, keserasian mereka di dalam mahupun luar kaca televisyen dilihat sangat erat.

Hael Husaini, Dayang Nurfaizah Bakal Bertunang?

Bahkan, Hael juga pernah mendedahkan bahawa Dayang merupakan wanita paling rapat dengannya. Namun sekitar tahun lalu, Dayang tampil menjelaskan keakraban hubungan mereka hanyalah kerana keselesaan sebagai pasangan duet semata-mata.

Sumber: Harian Metro


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...