March 6th, 2012

Abang Nara suka Ella. Suara dia memang rock. Perwatakan pun manja-manja kucing. Kadang-kadang Abang Nara pelik kenapa Ella tak kawin-kawin. Takkanlah tak ada lelaki yang berjaya memikat hati Ella. Itu tidak logik sama sekali kan?

ella kahwin

Namun kemungkinan besar Ella bakal menamatkan zaman daranya tidak lama lagi. Ini kerana Ella dilihat menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac iaitu Sabtu dan Ahad yang lalu. Dengar-dengar calon suami Ella ialah seorang jejaka yang diberi nama “A”. “A” apa Abang Nara tak tahu. Jangan Along Bukit Beruntung sudah la ye.

Apa pun Abang Nara doakan agar Ella ketemu jodohnya pada tahun ini juga. Sama-samalah kita doakan.

P.S: 28 saat je selesaikan kiub rubik. Tutup mata lagi tue.


57 responses to “Hadiri Kursus Kahwin, Ella Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi?”

  1. sweet32 says:

    nak jugak.. ye ke?? buktikan makcik ella.. jgn ckp je.. dah naik muak dah..

  2. sol says:

    jodoh ini ketentuan tuhan, kita boleh berusaha Allah yang menentukan. jika benar rumor ini, tahniah buat Ella..

  3. Anna says:

    Harap lepas ni Makcik Ella tak lagi terover gedik mengada2. Orang sebenarnya tak berapa berkenan dengan perangai awak yang terover tu sbb tak sesuai dengan unur. Mungkin masa muda2 dulu OK la kot. Tap zaman tu dah berlalu. Umur mak cik pun sebaya mak saya. Please la ye….

  4. pah bedah says:

    udah2 ler nek ella oii .. bawak2 ler bertutup .. geli geleman teman menengoknya .Zaman remaja udah berlalu … jadi lah diri kita yg skrg .Mike nih sebaya ngan teman .. pasai tu ler teman khabo begitu ..

Loading...