September 21st, 2020

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Mohamed Aqief dilaporkan telah selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Aina Syahira pada Ahad lalu.

Berlangsung dalam majlis ringkas namun meriah dengan kehadiran tetamu daripada kedua belah pihak, ianya turut diserikan dengan kehadiran rakan artis dan selebriti.
Namun, yang menarik perhatian ialah kehadiran Pencetus Ummah (PU) Riz ataupun nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail di majlis tersebut.

Mana tidaknya, menerusi foto serta video yang dirakam oleh tetamu dan ahli keluarga yang hadir pada hari bahagia itu, PU Riz dilihat tampil memakai baju sedondon berwarna biru dan dilihat mesra bersama keluarga Neelofa.

Lalu, muncul spekulasi dalam kalangan netizen yang merasakan seperti ada ‘sesuatu’ di antara PU Riz dan Neelofa. Jika sebelum ini Neelofa pernah menjelaskan bahawa dia dan bekas peserta program realiti TV itu hanya berkawan dan sering bekerjasama dalam beberapa program keagaamaan, keakraban mereka berdua seolah ‘dipersetujui’ oleh netizen.

View this post on Instagram

Aamiin aamiin aamiin YRA ?? #neelofa #aqiefaina

A post shared by ???? ?????? (@lofa.page) on

Dalam pada masa yang sama, Neelofa juga menyifatkan PU Riz sebagai seorang pendakwah yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan yang tersendiri.

Malah, PU Riz juga pernah ditemubual ketika sesi tayangan perdana filem Ada Apa Dengan Doa menganggap hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.


14 responses to “Hadir Sedondon Di Majlis Perkahwinan Ahli Keluarga, PU Riz Didakwa Ada Hubungan Dengan Neelofa”

  1. ZZKK says:

    dlm majlis macam ni, khidmat seorg yg tahu serba sedikit tentang agama (walaupun PU Riz ni bukan ustaz pun) adalah diperlukan..so, apa yg peliknya tgk mamat tu ada dlm majlis tu? tambah plak diorg rakan yg bekerjasama..kalau nak kata ada hubungan, takkan lah semua org yg kita berkawan dan selesa berkawan ada hubungan dengan kita? kalau ada, bagus laaa..diorg yg tahu..so netizen tak payah memandai2..

  2. tecit says:

    aku igtkan rosix td yg peluk lopak. mcm serupa dah rosix dgn bapak tiri lopak tu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...