Hadir Ke Majlis Perkahwinan, Netizen Sebak Lihat Pengantin Menangis Berpelukan Dengan Keluarga Bekas Suami – “Untungnya Awak Sis..”

Kehidupan

Hadir Ke Majlis Perkahwinan, Netizen Sebak Lihat Pengantin Menangis Berpelukan Dengan Keluarga Bekas Suami – “Untungnya Awak Sis..”

Selalunya kita dengar kalau berlaku perceraian dalam satu perkahwinan, pasti hubungan silaturrahim bersama keluarga mentua akan ‘terputus’ juga

Jemput keluarga bekas suami datang majlis perkahwinan

Tetapi kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di platform TikTok, baru-baru ini, mengenai keluarga bekas suaminya hadir ke majlis perkahwinan bersama suami baru telah mencuri perhatian ramai.

Advertisement

Hal itu mencuri perhatian ramai susulan keluarga bekas suami turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan wanita itu bersama suami baru.

Suasana di majlis perkahwinan bertukar hiba

Bagaimanapun, suasana gembira itu bertukar menjadi hiba selepas wanita itu berjumpa untuk bersalaman dengan keluarga bekas suami, sambil kedua-dua pihak menitiskan air mata.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Lisa itu, hubungannya bersama keluarga bekas suami masih kekal baik hingga ke hari ini, biarpun dia bukan lagi sebahagian keluarga terbabit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sedih apabila melihat silaturrahim mereka dan menyifatkan wanita itu beruntung kerana pernah mempunyai keluarga mentua yang baik.

komen

4 weeks ago

“Saya Yang Kongsi Resipi Shepherd Pie Tu Kepada Dia...” - Ibu Mentua Zahnita Kecewa Menantu Tergamak Cakap Buruk Tentangnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...