Pengasas platfrom e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar hari ini hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes berkaitan pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, tujuh tahun lalu
Usahawan berusaha 38 tahun itu dan suaminya bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Terdahulu, Vivy atau nama sebenarnya, Vivy Sofinas Yusof hadir ke mahkamah memakai baju serba putih bersama Fadzarudin.
Vivy dan Fadzarudin, 37, didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018.
Pasangan yang memiliki empat orang cahaya mata itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.