Hadir Ke Mahkamah, Siti Bainun Menangis Lihat Kelibat Bella

Berita

Hadir Ke Mahkamah, Siti Bainun Menangis Lihat Kelibat Bella

Kehadiran anak sindrom down, Bella ke mahkamah bagi perbicaraan kes penderaan Rumah Bonda dilaporkan telah menyebabkan suspek utama kes itu iaitu Siti Bainun menangis teresak-esak.

Pengasas Rumah Bonda itu dilihat berkelakuan demikian ketika tiga saksi membuat pengecaman beberapa individu termasuk adik Bella, lapor Harian Metro.

Advertisement

Meskipun tidak bersemuka secara empat mata, namun Siti Bainun tidak dapat menahan perasaan setelah melihat kelibat Bella dan juga lima individu lain yang berada di bawah jagaannya sebelum ini dibawa masuk ke dalam mahkamah.

Siti Bainun turut dilihat melambai tangannya beberapa kali ke arah meleka.

Terdahulu, peguam mewakili Siti Bainun, Nur A’minahtul Mardia memohon supaya anak guamnya bersemuka dengan individu terbabit bagi melihat reaksi mereka.

Manakala bagi Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memaklumkan bahawa terdapat keperluan untuk melindungi saksi daripada terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar di dalam mahkamah.

Hakim Izralizam Sanusi pula memberitahu bahawa ini proses pengecaman dan tidak timbul isu untuk melihat reaksi kerana ia untuk tujuan sama ada orang dirujuk adalah orang yang disebut oleh saksi dalam perbicaraan.

Rumah Bonda Rina Harun
3 years ago

(VIDEO) “Terbongkar Jua” - Siti Bainun Saman JKM KL, Individu Ini Dakwa Rina Harun Subahat Lindungi Rumah Bonda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...