Dilihat semakin hangat diperkatakan netizen berikutan dakwaan melakukan jenayah seksual, pendakwah muda Da’i Syed yang kini ditahan reman semula oleh polis daerah Petaling Jaya bermula hari ini kembali meraih perhatian umum.
Menerusi video yang disiarkan mStar Online di laman Facebook, Syed yang hadir ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan pakaian lokap kelihatan amat tenang dan ceria.
Tidak ketinggalan, beliau yang sebelum ini aktif dengan aktiviti ceramah khabarnya sempat menegur pihak media yang hadir di lokasi berkenaan.
Jelas kedengaran, Syed sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghadirkan diri sempat bertanya khabar kepada pihak media.
Terdahulu, polis Petaling Jaya memaklumkan menerima dua laporan terhadap suspek dengan salah satu laporan atas dakwaan merogol dan satu lagi atas dakwaan cabul serta seks luar tabii.
Untuk rekod, kes rogol dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga merupakan seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang, manakala kes yang melibatkan cabul dan seks luar tabii (seks oral) dilaporkan oleh seorang wanita yang juga berusia 22 tahun.