Hadir Ke Istana Negara, Keayuan Puteri Ameerah Buat Ramai Terpesona – “Cantik, Persis Wajah Ibunya…”

Trending

Hadir Ke Istana Negara, Keayuan Puteri Ameerah Buat Ramai Terpesona – “Cantik, Persis Wajah Ibunya…”

Kelibat dan penampilan Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah di mana-mana majlis rasmi sering mencuri tumpuan warganet.

Terbaru, penampilan Puteri Ameerah ketika hadir pada Majlis Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 meraih perhatian.

Advertisement

Satu akaun Instagram yang dicipta oleh peminatnya telah memuat naik gambar dan video ketika majlis berlangsung di Istana Negara.

puteri ameerah dan abdul mateen

 

Keayuan dan kecantikan jadi perhatian

Berdasarkan hantaran di Instagram itu, Puteri Ameerah dilihat menggayakan beberapa helai busana untuk menghadiri acara yang berbeza bersempena dengan pertabalan tersebut termasuklah Majlis Santapan Diraja.

Puteri Ameerah dilihat anggun menggayakan busana berwarna kelabu cerah ketika istiadat berlangsung manakala semasa menghadiri Majlis Santapan Diraja pula puteri bongsu Sultan Brunei itu cantik dengan persalinan berwarna hijau.

Difahamkan, Puteri Ameerah ditata rias oleh jurumekap terkenal Malaysia, Najeeb Azami bersama pasukannya.

 

Persis wajah ibunya, cantik…

Dalam pada itu, penampilannya yang sopan dan tampak manis dipandang menerima pujian warganet. Bukan itu sahaja, kejelitaan Puteri Ameerah turut dipuji dan dikatakan mewarisi kecantikan ibundanya, Azrinaz Mazhar Hakim.

Cantik, macam bonda dia.

puteri ameerah

Sementara itu, Azrinaz dilihat berkongsi tentang berita mengenai puterinya di akaun Instagram dan akui mendapat banyak tag daripada orang ramai berkaitan Puteri Ameerah.

Terlalu banyak ‘tag’ saya dapat hari ini. My mini me menjadi tajuk utama. Tapi ramai juga yang hadir (ke Istana Negara) hari ini tetapi semua tertumpu kepadanya (Puteri Ameerah).

azrinaz mazhar hakim dan puteri ameerah

9 months ago

Sebak! Azrinaz Mazhar Hakim Dedikasi Ucapan Hari Lahir Buat YTM Puteri Ameerah Di Instagram - "Sayang Awak Sentiasa..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...