Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada penyanyi rock legenda, Amy Search, berhubung insiden melibatkan dirinya dan penyanyi terkenal, Shila Amzah.
Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menjelaskan bahawa laporan yang dibuat oleh Amy atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Abdul Rahman merupakan tindak balas terhadap laporan yang dibuat oleh Shila sebelum ini.
Ya ada, tapi lebih kepada covering report dan penafian. Laporan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Sebelum ini, isteri kepada Amy Search iaitu Datin Norhasniza Hassan telah berkongsi foto mereka hadir ke Ibu Pejabat Daerah Shah Alam.
Terdahulu, Shila Amzah telah membuat laporan polis menyatakan dirinya telah diserang penyanyi lagenda sebelum mengesahkan individu yang dimaksudkan adalah bapa kepada pelakon Nabila Huda.